Thursday, September 15, 2011

Hati-hati Dengan Emel

Dalam emel Yahoo, saya menerima terlalu banyak emel spam yang mana kebanyakkannya mengatakan kita sudah memenangi hadiah berupa wang tunai dalam bentuk dolar juga pelbagai loteri telah dimenangi oleh emel saya. Kekadang ada juga yang emel mereka ini terlepas masuk ke inbox anda. Ada antaranya memberitahu bahawa emel saya sudah menang dalam pertandingan cabutan bertuah. Ini amat mendukacitakan kerana mereka hanya mempergunakan maklumat kita untuk kepentingan peribadi mereka. Oleh itu, berhati2lah anda dengan emel yang kebanyakkannya meminta anda supaya memberikan maklumat anda kepada mereka. Anda boleh membacanya sahaja tetapi selepas itu hendaklah anda mengabaikannya ditakuti maklumat anda akan dipergunakan mereka dan saya tidak pasti untuk apa mereka gunakan maklumat tersebut, mungkin selepas anda beri ia akan menghantar pelbagai iklan dan promosi. Apapun jangan di layan atau berpengaruh dengan hadiah dan kata2 mereka kerana ia amat berbahaya. Salah satu emel yg dibuka dan mereka mengatakan saya telah memenangi sebanyak (750,000.oo dolar) Sapelah yang baik tul nak bagi mcm ni. Mereka juga meminta kita memberikan data2 dan maklumat kita. So, berhati2lah.

No comments: