Thursday, September 15, 2011

Malware Ancaman Terbesar Malaysia

Ancaman yang menjejaskan komputer di Malaysia kebanyakannya membabitkan ‘Malware’, demikian menurut Laporan Risikan Keselamatan Microsoft. Pada separuh kedua 2011, walaupun kadar jangkitan ‘Malware’ agak rendah berbanding purata dunia, namun terdapat peningkatan berbanding separuh pertama 2011. SIRv8 menyebut, jenayah siber terus meningkat, dengan penjenayah meneruskan operasi ke atas proses perniagaan konvensional. Penjenayah terus meningkatkan kapasiti untuk melakukan serangan, termasuk ‘menawarkan produk’ dan menambah ciri2 kepada ‘Malware’ untuk sasaran pengguna tertentu. Ketua Privasi dan Keselamatan Serantau Asia Pasifik Microsoft, Jacqueline Peterson-Jarvis berkata, SIRv8 menyebut bukti2 bahawa jenayah siber semakin canggih dan mengancam penggunaan dalam talian dan terus mengeksploitasi kit yang dijual kepada pihak lain untuk digunakan. Pembangun ‘Malware’ terus meningkatkan produk mereka dengan menggantikannya dengan yang baharu. Beliau berkata, SLRv8 menggunakan data yang dikumpul daripada kira2 500 juta komputer di seluruh dunia bagi menyediakan risikan ke atas ancaman dalam talian global yang dialami sepanjang separuh kedua 2011. Peterson-Jarvis berkata, laporan itu juga mendapati rangkaian perusahaan terus terdedah kepada ‘cacing’ manakala pengguna kediaman lebih terdedah kepada malware dan ancaman sosial. Beliau berkata penipuan ’419′ semakin meningkat dalam emel, dengan perisian keselamatan palsu yang bertindak sebagai aplikasi keselamatan yang sah. Menipu pengguna, masih terus menjadi isu kepada pelanggan. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Husin Jazri, berkata, tahap kesedaran di kalangan pengguna Internet Malaysia ke atas keselamatan dalam ruang siber perlu ditingkatkan. Ini perlu, berdasarkan bilangan penduduk yang semakin meningkat. Ibu bapa perlu memain peranan penting dalam memastikan masa yang dihabiskan oleh anak2 masing2 dalam talian adalah selamat dan terjamin.

No comments: