Sunday, September 4, 2011

Fakta-Fakta Menarik Tentang Google

Kali ini saya nak kongsikan fakta2 yang menarik tentang Google yang pasti anda tidak tahu. Jom saya nak kongsi ilmu nih. Kedua-duanya adalah penuntut PHD di University Standford sebelum menangguhkan pengajian mereka untuk mengasaskan Google.Inc. Nama Google sepatutnya adalah Googol yang bermaksud angka yang sangat besar dalam istilah matematik. Ejaan Google adalah ejaan yang salah untuk Googol. Istilah Google telah dimasukkan di dalam sebilangan besar kamus2 di universiti dengan makna mencari maklumat dengan menggunakan enjin carian Google.

Domain asal adalah Google. Stanford.Edu dengan meminjam server Stanford University. Namun akibat kepada penggunaan yang meluas oleh Google, server tersebut tidak mampu untuk menampung bandwidth yang besar. Pada 15 September 1997 domain Google.com didaftarkan secara rasmi tetapi masih lagi menggunakan server Standford University. Nama asal bagi Google adalah BackRub - iaitu rantaian backlink yang bersepah2. Sergey Brin dan Larry Page pernah tawarkan Google kepada Yahoo dengan harga USD1 million tetapi ditolak. Kini nilai Google telah mencecah berbillion2.

Memang putih mata la Yahoo sebab dah tak relevan. Pengasas Sun Microsystem , Andy Bechtolshim melabur sebanyak USD100k kepada syarikat yang masih belum wujud, Google.Inc. Pejabat pertama Google adalah di garaj milik Susan Wojcicki di Menlo Park, California. Larry Page. Adik kepada susan telah berkahwin dengan salah seorang pengasas Google ini. Nak tahu siapa ? Sila Google ye. Garaj ini menempatkan server yang dibeli oleh mereka. Pada 4 September 1998, Google.Inc dilancarkan secara rasmi.

Pegawai pertama adalah Craig Standford, rakan belajar mereka ketika di Universiti Standford. Jika anda pernah menerima pelawat dari Mountain View, California, anda pasti terkejut jika saya beritahu anda bahawa pekerja Google sedang melawat blog anda. Yahahaha, GooglePlex, iaitu ibu pejabat Google ditempatkan di sini. Jika anda mahu melihat logo2 yang pernah digunakan oleh Google sama ada logo2 perayaan, ataupun peristiwa, anda boleh melayarinya di sini . Terdapat banyak logo2 menarik di situ, tak percaya ? Percayalah.

No comments: