Hari ni saya nak bercerita mengenai Sistem Operasi yang digunakan oleh kebanyakkan telefon pintar. Mungkin korang tahu mengenainya dan ada juga yang tidak tahu langsung mengenainya. Bukan semua orang mampu memiliki telefon pintar kerana harganya. Tetapi kepada yang masih mencari2 telefon pintar yang sesuai, pastikan korang tahu serba sedikit mengenai telefon tersebut. Yang paling penting apakah Sistem Operasi (OS) yang digunakannya. Ianya amat penting selain spesifikasi telefon itu sendiri. Jadi dibawah saya akan memberi serba sedikit mengenai 5 jenis sistem operasi yang digunakan oleh telefon pintar kini sebagai panduan untuk korang. Jika ada kesilapan maklumat, sila maafkan saya, kerana saya juga seperti korang, baru nak mengenal benda2 nie.
1. iOS
iOS ialah iPhone Operating System atau dikenali sebagai iOS mula dicipta untuk telefon iPhone. Tetapi, ia telah dikembangkan bagi menyokong peranti iPad, iPod Touch dan Apple TV. Paparan antaramukanya berdasarkan gerakan multi-touch. Elemen kawalan seperti slide, swipe, tap, pinch, dan reverse pinch. Accelerometer dalaman digunakan untuk aplikasi yang memerlukan pergerakan 3D dan pergerakan melalui getaran. Multi-tasking mula diperkenalkan pada iOS 4 kerana Apple bimbang akan penggunaan bateri dari aplikasi pihak ketiga. iPhone yang tak menggunakan Jailbreak memang useless kecuali korang mampu membeli aplikasi yang dijual didalam App Store. Jailbreak ini digunakan untuk menukar theme & menambah fungsi pada iPhone seperti multitasking, akses iPhone file system dan mengubah Springboard. Tetapi kini ia digunakan untuk membolehkan aplikasi berbayar yang sudah dicrack dipasang pada telefon tersebut. Sudah tentu sekali perbuatan ini adalah dilarang oleh Apple dan akan menyebabkan warranty tidak lagi boleh digunakan. Front camera yang terdapat pada iPhone 4 hanyalah untuk fungsi Facetime.
2. BlackBerry OS
Telefon BB atau BlackBerry menggunakan BlackBerry OS yang direka dan dibangunkan oleh Research In Motion (RIM). BB OS ini juga mempunyai fungsi multitasking dan menyokong input dari Trackpad, Trackwheel, Trackball, dan Touchscreen. BB OS ini pada mulanya mensasarkan pengguna dari golongan corporate/business. Ini kerana BB OS ini adalah platform terbaik yang menyokong corporate email. Bagi saya BlackBerry adalah telefon pintar yang paling jimat menggunakan kuasa bateri. Mungkin dulu pengguna BlackBerry boleh berbangga dengan fungsi BlackBerry Messenger tetapi mungkin lepas ini tidak lagi kerana BlackBerry Messenger mungkin akan didatangkan untuk versi Android dan iPhone.
3. Android
Android adalah Sistem Operasi yang dimiliki oleh Google Inc. Ia pada mulanya direka dan dibangunkan oleh satu syarikat kecil dan telah dibeli oleh Google pada Ogos 2005. Android ini berdasarkan dari versi modifikasi Linux Kernel. Dan yang menariknya ianya adalah sumber terbuka. Banyak telefon pintar yang dijual di negara ini menggunakan sistem operasi Android. Telefon pertama yang menggunakan Android sebagai OSnya adalah HTC Dream. Saya tertarik pada nama versi2 Android nie. Kesemuanya dari nama makanan ; Cupcake (v1.5), Donut (v1.6), Eclair (v2.0, v2.1), Frozen Yogurt/Froyo (v2.2), Gingerbread (v2.3), Honeycomb (v3.0) dan yang paling baru dan belum lagi dilancarkan adalah Ice Cream Sandwich.
4. Windows Phone 7
Microsoft pun dah keluarkan sistem operasi baru yang menggantikan Windows Mobile yang dikenali sebagai Windows Phone 7. Paparan antaramuka WP7 nie memang berlainan dengan dengan paparan OS yang saya senaraikan ni. Ia dipanggil Metro. Agak menarik la jugak dia punya UI nie. Jika iPhone menggunakan iTunes untuk sync dan lain-lain pada telefon mereka. Manakala WP7 memerlukan Zune untuk membuat sedemikian. Untuk versi NoDo (“No Donuts”) WP7 mengemaskini fungsi Copy/Paste dan meningkatkan prestasi WP7 dan Windows Phone Marketplace. Saya rasa nama dia Windows Phone 7 nie berasal dari versi ke 6 Windows Mobile. Pastu Microsoft rebrand balik Windows Mobile jadi Windows Phone 7. Serupa macam mana Windows 7 dapat nama dah rasanya.
5. Symbian
Saya rasa Symbian nie dah lama bertapak kat dalam bidang telefon pintar nie. Dari S60v3 ke S60v5 dan paling latest Symbian 3. Pasal Symbian 3 nie saya pernah tulis masa saya review Nokia E7 dulu. Untuk Symbian 3 nie diorang baru je keluarkan PR 2.0 atau dikenali sebagai Symbian Anna. Nice gak la. Buat masa nie yang boleh pakai Symbian Anna hanya 2 model je iaitu Nokia X7-oo dengan Nokia E6-oo. Symbian 3 nie mempunyai application support dia iaitu OVI, tapi xlah sehebat application untuk iOS dan Android. OVI sekarang pun sedang mengemaskini application dia.

No comments:
Post a Comment