Sunday, September 4, 2011

Kecantikan Wanita Itu Subjektif Bukan ?

Lelaki, saat ditanya dengan persoalan kecantikan wanita lantas sahaja mereka menjawab, mestilah yang bermata bundar, wajah bujur sirih, hidung mancung, pipi bak pauh dilayang dan rambut ikal mayang, itu semestinya pilihan aku ! Maka terpisat2lah wanita yang mukanya bersegi dan bermata sepet. Hidung pun tak mancung. Usah lah berangan2 lagi, katanya pada diri sendiri. Aduhai, janganlah kecewa. Mahu tahu mengapa ? Begini. Seorang manusia yang luhur hati budinya, yang jujur buah fikirannya dan yang cerdik akalnya, tidak akan sesama sekali memandang rupa paras seseorang dalam menjadikan ukuran kecantikan individu tersebut.

Ini kerana kecantikan tidaklah bergantung pada kesempurnaan fizikal semata2. Kecantikan fizikal hanyalah suatu pinjaman yang Allah S.W.T berikan kepada umat manusia yang akan Dia ambil semula bila tiba masanya. Ya, ianya tidak kekal. Apa yang kekal dan selalu menjadi sebutan ialah hati dan akal. Hati nurani yang suci dan akal yang sentiasa memikirkan kekuasaan Allah. Ya, saya juga tak sesempurna ini. Malah jauh lagi perjalanan dalam mencari jati diri yang dekat padaNya. Tetapi tak salah untuk sentiasa mencuba kan ? Bagi saya, wanita yang cantik juga adalah wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi

Keyakinan terhadap diri sendiri dapatlah dipupuk dengan mencari comfort zone dalam diri sekaligus menjadi selesa dengan diri sendiri. Sayangi diri anda, nescaya keyakinan itu akan timbul tanpa dipaksa. Harga diri yang terpelihara ialah salah satu aset terpenting bagi setiap wanita. Jangan mudah tunduk dengan pujuk rayu sang lelaki yang hanya tahu menghambakan wanita dengan nafsu dan ego mereka. Jadilah wanita yang berkuasa dengan menundukkan lelaki dengan tingkah-laku mu yang sopan dan terhormat. Buatkan lelaki menghormati diri anda sebagai wanita yang tidak ternilai harganya bermula dengan anda menghormati diri sendiri.

Itulah dia kecantikan sebenar seorang wanita. Tetapi janganlah pula bila sampai masanya untuk bernikah, anda meletakkan harga wang hantaran yang sangat tinggi buat bakal suamimu kelak. Letakkan suatu nilai yang dia mampu, perkahwinan bukan tertumpu hanya pada hari pernikahan dan persandingan, tetapi perkahwinan adalah suatu ibadah kepadaNya yang kekal sehingga ke akhir hayat. Malahan hingga ke syurga. InsyaAllah. Kecantikan rupa paras adalah suatu bonus bagi mereka yang memilikinya. Jadi bersyukurlah. Bermuhasabah dan bersyukurlah, dengan apa yang ada, dan berusaha memperbaiki diri :)

No comments: