Monday, September 5, 2011

8 Rahsia Lelaki Normal

1. Baru saja putus cinta
Biler ditanyer, Macam mane boleh putus ? En. Abang akan jawab, dah nak putus nak wat camne. Alasan : Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap macam perempuan. Menurut seorang pakar, wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari. Sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2. Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi
Contoh Kes : Cik awek sering tak menemui jawapan kenapa en. abang sanggup mengadap games sepanjang malam tanpa henti (Dari mengadap dirinya, kahkahkah). Lepas tengok Piala Malaysia, tengok badminton All England plak, pastu, sambung tengok EPL pulak, kan sampai jam 3 pagi. Alasan : Sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita, seperti untuk mengukur sudut pandang (Angle), kecepatan dan jarak.

3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta
Lelaki lebih rela keluarkan wang simpanan untuk menambah aksesori kereta tapi kenapa mereka membebel kalau tengkk cik awek bershopping ? Alasan : Alat2 elektronik atau aksesori kereta bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa. Bagi lelaki, benda 3 dimensi ney terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka. Dengan demikian mereka secara tidak sedar dengan happy2 jer buang duet untuk benda2 tue.

4. Lelaki jarang Muncul dengan jambangn bunga
Dekat filem2, drama2, sering kita lihat hero muncul tiba2 di rumah cik aweknya dengan sejambak bunga. Kenyataannye ? Huh hampeh ! Alasan : Dari awal lagi, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktikal. Kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran. Itu tanggapan orang lelaki laa kan, baik belanja makan ! kenyang perot..

5. Lelaki tidak bergosip
Sebenanye lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas cik2 awek bergosip dan juga tidak pada saat objek yang nak digosip berada dekat situ. Dan kalau mereka punya masalah dengan seseorg, biasanya mereka menyelesaikannya atau melupakannya.

6. Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
Lelaki jarang mengkritik ibu mereka, apatah lagi kalau hubungan mereka akrab. Lebih panas lagi kalau dia kata pada cik awek, 'eleh ayang, macam tu pun tak reti buat ke ? Mak i pejam mata pun boleh buat tau, hahaha. Alasan : Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya sebagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa2 tentang ibunya.

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi terhad komik, CD, jeans, jam tangan, jercy dan apa2 saja !
Sekejap2 g petaling street, kemudian kedai komik lepas tu carik lens kamera, semata2 nak cukupkan koleksinya. Alasan : Berbalik kepada asal, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada dan beranggapan bakal diadili oleh lelaki lain, sehingga tidak hanya mengumpul kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya.

8. Lelaki senang melihat wanita memakai skirt pendek asalkan bukan kekasihnya
Lelaki akan memuji setinggi langit kaki Nicole Kidman ketika memakai mini skirt. Tapi kalau cik aweknya yang pakai, komennya pula 'I tak suka ahh !! Tukar lain, macam penyapu lidi je. Kalo u pakai baju kurung bertudung litup, laaaaggiiiii i sukeee.' Bengang kan cik2 awek sume ? kuikui. Bagi lelaki, kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita. Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian2 yang lain pada yang bukan sepatutnya, mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki2 lain, hehehe. Beginilah lelaki, fahamilah mereka :D

No comments: