Monday, September 5, 2011

Resume : Bagaimana Bahagian Sumber Manusia Menilai

Korang sudah menyediakan resume untuk memohon kerja. Tapi tahukah korang bagaimana Bahagian Sumber Manusia menilai resume korang ? Nak tahu apa yang mereka lihat atau nilai ? Benda yang patut korang ambil berat semasa menulis resume. Teruskan bacaan.

1. Hubungan (Cable)
Resume yang bagus dan pengalaman kerja yang hebat belum tentu menjamin yang korang akan mendapat kekosongan kerja tersebut. Percaya tak kalau saya kata macam tu ? Tips : Jika korang kenal mana2 cable besar dalam company yang korang nak apply tu, adalah lebih baik korang direct bagi resume korang padanya. Lagi pun bahagian sumber lebih mementingkan cable daripada resume korang. Maka, kalau kenal cable besar2 dalam company tu adalah baik korang tulis dalam resume korang sebagai reference. Tapi saya tak pernah guna lagi cara ni sebab suka usaha sendiri.

2. Emel Yang Professional
Sedar atau tidak bahagian sumber manusia juga menilai resume korang melalui address email yang korang beri tu. Tips : Jadi saya sarankan korang supaya create satu email khas untuk kerjaya korang.

3. Pengalaman
Sekiranya korang graduate pada tahun 60an atau 70an (Atau sebelumnya) lebih baik korang tidak meletak tarikh graduate korang. Tips : Fokuskan resume korang lebih pada pengalaman bekerja korang. Bagaimana untuk menulis pengalaman kerja korang supaya nampak 'mahal' ?

4. Cover Letter
Ramai yang percaya bahawa pihak pengurusan akan membaca Cover Letter/ Application Letter tapi sebenarnya tidak ! Tetapi saya tetap beranggapan memberi resume lengkap dengan Cover Letter nampak lebih 'Cantik' dan Profesional (Biarpun mereka tidak membacanya). Bagaimana menulis cover letter yang menarik ? Korang boleh Google, di situ banyak contoh2 Cover Letter.

5. Helaian
Banyak tips memberitahu resume yang baik adalah 2 helai sahaja. So, korang pun menulis Resume dengan menggunakan font yang terlalu kecil sebab nak memuatkan segala maklumat. Tahukah korang yang Bahagian Sumber Manusia tidak akan membacanya. Tips : Elakkan dari menggunakan font yang kurang dari 11 point. Susun maklumat dengan kemas supaya tidak banyak helaian. Tetapi helaian Resume juga mungkin lebih, bergantung kepada jenis jawatan yang dipohon, industri atau jenis bidang dan pengalaman kerja korang.

No comments: