Monday, September 5, 2011

Mencari Rumah Idaman atau Mantapkan Kerjaya ?

Ini kisah seorang pengarah kawasan tentang pengalamannya dinaikkan pangkat daripada orang bawahan sehingga menjadi seorang pengarah di sebuah agensi kerajaan. Kisahnya bermula sebagai seorang anak dara sunti yang bekerja keras untuk mendapatkan prestasi cemerlang dalam kerjayanya. Dia ceritakan untuk mudah dinaikkan pangkat perlu bersedia untuk dihantar ke mana2 dalam negara mahupun di luar. Kalau dihantar ke pedalaman oleh pihak pengurusan, pergilah. Janganlah banyak komplen. Setelah berkhidmat beberapa tahun di sana, mereka akan tukarkan anda ke tempat lain pula.

Setiap kali dinaikkan pangkat pasti akan ditukarkan tempat. Beliau juga pernah dihantar untuk berkhidmat di negara matahari selama 7 tahun. Kesangupannya untuk dihantar ke sana ke mari walaupun telah menjejaskan perkahwinannya tidak melunturkan semangatnya untuk terus memantapkan kerjaya. Kini, setelah hampir 30 tahun berkhidmat dengan kerajaan, beliau kini berpangkat pengarah. Tapi setiap kejayaan seseorang ada pro dan cons. Anak dan suami diabai2kan. Harta ditinggal2kan. Dulu beli banyak perabot yg cantik2 & mahal tetapi terpaksa dilepaskan sebab berpindah-randah.

Tidak akan mengenali jiran2 dengan rapat. Kalau ada rumah milik sendiri sekalipun hanya akan dianggap sebagai persinggahan sementara. Maka dengan itu, saya pun mula berfikir samada perlu ke tidak saya membeli rumah sekarang atau selepas saya dah bersara. Sebab kalau beli sekarang, saya tak pasti ke mana saya berada pada masa hadapan. Yes, rumah itu satu pelaburan. Tapi kalau saya beli sekarang, saya cuma mampu beli rumah flat je. Takpun apartment. Berbaloi ke ? Saya nak rumah yang ada tanah, hehe. Kalau beli sekarang, loan rumah kena bayar sekali dengan insurans.

Pastu setiap tahun dikenakan cukai harta. Nak kena bayar maintenance bulanan lagi, mana nak cari duit kan bayar semua tu ! Tapi kalau saya kumpul je duit sampai ke hari tua (Baru2 dalam mesyuarat, KSU kata dia buat loan ASB semasa muda dan sekarang apabila nak bersara, dalam ASB dah nak sampai RM1.5juta woooo) dan apabila dah nak bersara baru nak beli rumah, alang2 banglo sebijik ker, kan dan biar banglo itu berada di pedalaman dan jauh dari bandaraya, rasanya lagi elok kot ? Sebaik bersara, bolehlah saya terus duk je dalam banglo tuuu. Rehat2, bersenang lenang dengan isteri tercinta. Apa pendapat korang ?

No comments: