Oracle yang telah mengambil Sun Microsystem, kini telah pun melancarkan OpenOffice 3.3, kemaskini kepada aplikasi pejabat yang dinantikan sekian lama. Pada masa yang sama juga, Oracle turut memperkenalkan aplikasi pejabat berasaskan perkomputeran awan, yang dikenali sebagai Oracle Cloud Office. Melalui Oracle Cloud Office, ianya membawakan sokongan melalui web dan juga pada perantian mudah-alih, sekaligus memudahkan pengurusan dan kolaborasi dalam dokumen. Kombinasi OpenOffice dan juga Cloud Office dikatakan adalah yang pertama dalam industri, membawakan sokongan standard terbuka untuk desktop, web dan juga perantian mudah-alih. Melalui OpenOffice, seperti sebelumnya, membawakan sokongan Open Document Format (ODF), selain kesemua standard terbuka web dan juga sokongan format dokumen Microsoft Office, manakala melalui Cloud Office, ianya membolehkan pengguna mengakses kesemua dokumen, spreadsheets dan juga fail persembahan melalui web. Walaubagaimanapun, berbeza dengan sebelumnya, OpenOffice kini didatangkan dalam dua edisi berbeza, iaitu Standard dan Enterprise, dimana masing2 berharga £33 dan £60. Ianya tidak diketahui samaada ianya akan diberikan secara percuma ataupun tidak, memandangkan para pembangunnya sebelum ini telah beralih kepada LibreOffice.
Wednesday, August 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment