Dengan pelepasan Fedora 14, tempoh hari, ianya sekaligus menandakan pembangunan untuk Fedora 15 sudah pun bermula. Menariknya, kini komuniti Fedora telah pun memilih nama “Lovelock” untuk Fedora 15. Fedora 15 yang kini dalam proses pembangunan dijangka akan mengambil masa pembangunan lebih kurang enam bulan dan dijangka akan dilepaskan kepada para pengguna dan umum pada bulan April 2011 kelak. Jikalau dilihat dari segi skema pemberian nama oleh komuniti Fedora, setiap satu nama versi mesti berkait antara satu sama lain. Sebelum ini, Fedora 14 dinamakan sempena nama salah seorang ahli fizik, iaitu Robert B Laughlin, yang mana berkait dengan penamaan Fedora 13, iaitu Goddard, yang mana juga merupakan nama salah seorang ahli fizik. Namun begitu, untuk Fedora 15, nama Lovelock adalah salah satu nama bandar di Nevada, dimana Laughlin juga merupakan nama salah satu bandar di Nevada. Selain daripada Lovelock, beberapa nama cadangan lain adalah termasuk Asturias, Blarnet, Sturgis dan Pushcart. Namun melalui undian yang dilakukan, nama Lovelock menjadi pilihan ramai, sekaligus dipilih menjadi nama kod untuk Fedora 15 kelak.
Wednesday, August 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment