Nampaknya, selepas Android Gingerbread dan juga Android Honeycomb, versi 4.0 untuk Android kelak akan dinamakan sebagai Ice Cream, meneruskan tradisi penamaan versi Android yang menggunakan nama makanan dan mengikut abjad. Android 4.0 “Ice Cream” ini kelak dijangka akan menemui para pengguna pada pertengahan September pada tahun hadapan kelak. Buat masa ini, versi terakhir Android yang dilepaskan adalah Android 2.2 “Froyo” yang mana telah dilepaskan kepada pengguna sejak bulan Mei yang lalu. Android Gingerbread yang dijangka akan menggunakan angka kod 3.0 dijangka akan dilepaskan tidak lama lagi, dengan SDK Gingerbread yang dijangka akan dilepaskan minggu hadapan. Selepas Android Gingerbread, versi seterusnya akan dinamakan Android Honeycomb dan dijangka akan menggunakan angka versi 3.5. Namun begitu, angka versi ini kelak akan ditentukan mengikut apa yang akan diumumkan untuk Gingerbread kelak. Honeycomb dijangka akan dilepaskan pada awal tahun hadapan, dan seterusnya akan diikuti oleh Ice Cream pada bulan September 2011. Buat masa ini, fungsi2 dan sebagainya masih lagi tidak diumumkan lagi, memandangkan yang mana biasanya Google akan mengumumkannya ketika melancarkannya kelak. Sama2 kita nantikan Android “Ice Cream” pada pertengahan September kelak.
Wednesday, August 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment