Angry Birds yang sememangnya telah menjadi suatu fenomena yang hangat dikalangan pengguna perantian mudah-alih, baru2 ini telah mula diperkenalkan kepada pengguna Windows dan Mac. Menariknya, kini, berkemungkinan besar, Rovio Mobile akan turut sama membangunkan permainan Angry Birds yang menjadi bualan ramai itu untuk pengguna Linux dan lebih spesifiknya untuk Ubuntu. Seperti sedia maklum, untuk Windows, Rovio menggunakan platform Intel AppUp untuk jualan, manakala untuk Mac, mereka menggunakan Mac App Store yang baru dilancarkan. Namun begitu, sekiranya mereka bercadang untuk melancarkan untuk Ubuntu, ianya lebih mudah dan senang, memandangkan Ubuntu sememangnya telah lama memperkenalkan Software Centre, yang mana menawarkan aplikasi berbayar dan percuma. Mungkin Rovio akan turut membangunkan permainan mereka untuk para pengguna Linux, dan mungkin juga tidak. Ianya tidak dapat dipastikan lagi buat masa ini, namun melalui sebuah tweet, ianya memperlihatkan yang mana perkara ini masih lagi sedang dibincangkan. Sama2 kita nantikan perkembangannya.
Wednesday, August 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment