Setiap hari pasti kita akan rasa ingin buat yang terbaik dari hari semalam atau hari yang lepas kan ? Itu merupakan satu perkara yang menjadi pemangkin kepada kita untuk berjaya. Jika kita tiada keinginan untuk berjaya, sampai bila-bila pun kita akan duduk pada tahap yang sama dan mungkin juga kita akan ketinggalan jauh ke belakang. Dengan itu, kita perlu ada matlamat hidup dan mencari apakah perkara yang perlu dicapai. Hidup kita perlu ada hala tuju. Ke mana dan sampai tahap mana kita mahu kejar. Kita kejar sampai dapat.
Macam seorang yang minat pada seseorang. Kejar sebelum dia dikebas orang. Hehe…tapi jangan kejar orang yang sudah dimiliki pula. Saya suka bercakap tentang masa depan kerana kita memang berjalan ke hadapan. Berjalan dan terus berjalan. Samalah seperti masa, sentiasa berjalan tanpa henti dan tidak pula berpaling lagi. Begitulah diri kita, umur kita semakin lama semakin tua dan badan kita juga semakin tua untuk menampung pelbagai cabaran. Jadi, mulakannya dari sekarang atau dengan kata lain, berkerja keras.
Pokok pangkalnya, apa yang perlu kita lakukan, jangan suka bertangguh. Lakukan apa yang kita rasa itu adalah pilihan terbaik. Usah kita tangguhkan lagi. Apa yang kita inginkan adalah kebaikan untuk diri kita dan orang di sekeliling kita. Jadi, buat apa ditangguh lagi. Lakukan sekarang dan pastinya kita akan tahu apakah jawapannya. Menangguh sesuatu perkara ini membuatkan kita tertekan dan sentiasa tertanya-tanya. Ya, kita tertanya-tanya, apakah jawapannya selepas itu.
Saya juga lemah dalam hal ini. Suka menangguh kerja sedangkan diri sudah ketinggalan jauh ke belakang. Sebagai pengajarannya, kita jangan suka sangat bertangguh kerja. Begitulah juga jika kita ada impian. Untuk menunaikan impian, kita perlu melakukan sesuatu untuk mencapai impian kita. Fokus dan teruskan sahaja untuk mencapai impian itu tadi. Saya harap, anda di luar sana dapat menjadi yang terbaik dan sentiasa tekun dalam melakukan kerja-kerja harian dan tidak bertangguh-tangguh kerja.

No comments:
Post a Comment