Monday, August 1, 2011

Facebook Ranking Tertinggi Sekarang

Baru2 ni saya ada dengar di radio tentang Facebook begitu tinggi ranking cariannya berbanding google. Facebook begitu terkenal sekarang. Ianya cukup munasabah kerana rakyat Malaysia sendiri pun sudah mahir menggunakan Facebook lebih-lebih lagi mereka yang ingin luaskan bidang perniagaan dengan cara membuat marketing menggunakan Facebook. Jika kita buat perbandingan antara Facebook dan Google pun sudah terang lagi bersuluh. Mencanak-canak naik graf. Saya terbaca juga dari blog Hitwise Intelligence berkenaan Facebook mengatasi Google dengan berada di ranking tertinggi di US sehingga meningkat sebanyak 185% pada awal bulan Mac tahun 2010 berbanding Google yang hanya meningkat sebanyak 9% pada waktu yang sama. Cerita pasal Facebook ni baru teringat, mana asalnya Facebook ni ? Rasanya anda dah tahu ataupun mungkin ada yang tidak ambil kisah, siapakah pengasas Facebook. Apa lagi, Google lah sendiri. Hehe..

No comments: