Bagaimana untuk mengetahui apa keyword yang paling top dicari oleh penggemar internet. Anda boleh lihat di google trends. Sila masuk di sini : www.google.com/trends Anda masukkan contohnya : ‘Affiliate’ sebagai keyword dan klik pada ‘Search Trends’. Anda akan melihat trending keyword ini. Anda akan tahu juga, negara mana yang paling banyak buat surfing mengenainya. Anda boleh bandingkan beberapa keyword juga seperti ‘Clickbank’ dan klik pada ‘Search Trends’. Jika kita lihat, trend internet pada tahun 2004-2009 mengenai Affiliate naik pada hujung 2007 dan 2008. Ini bermakna, ramai yang mencari mengenai Affiliate pada waktu itu. Jika kita lihat di bahagian region, Malaysia adalah Negara yang teratas yang mempunyai trend yang paling tinggi. Jika anda klik pada region, anda akan dapat melihat trend bagi subregion/negeri di Malaysia. Ini adalah untuk melihat dengan lebih lanjut lagi manakah negeri-negeri yang mempunyai jumlah carian yang paling banyak. Dari sini, kita dapat mengkaji, keyword apakah yang paling tinggi cariannya di Google. Semoga anda dapat manfaat dari ilmu ini.
Monday, August 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment