Wednesday, August 31, 2011

Dalami ilmu Ubuntu dan Linux Dengan Manual Ubuntu

Adakah anda pengguna baru Ubuntu, ataupun ingin mendalami lagi penggunaan Ubuntu atau Linux ? Kini, Canonical menyediakan sebuah panduan ringkas untuk anda mula mengenali Ubuntu melalui projek Ubuntu Manual. Setelah melalui pelbagai peringkat pembangunan dan fasa, kini Manual Ubuntu sedia dimuat-turun dan dibaca oleh semua pengguna seluruh dunia. Menariknya mengenai Manual Ubuntu adalah dimana ianya juga turut dilesenkan sebagai sumber terbuka, dan ianya akan dikemaskini mengikut setiap kemaskini distro Ubuntu. Manual Ubuntu menyediakan segala informasi yang anda perlukan untuk memulakan penggunaan sistem operasi sumber terbuka, dengan langkah2 menarik yang mana setiap satunya diceritakan dengan penuh teliti. Selain topik2 asas, beberapa topik sukar seperti pengurusan perisian dan hardware turut diceritakan, selain daripada penggunaan command line dan sebagainya. Para pengguna yang sudah menggunakan Ubuntu, ataupun yang ingin mula menggunakan Ubuntu boleh memuat-turun panduan ini dan menjadi lebih pakar lagi dalam mengendalikan sistem operasi Ubuntu.

No comments: