Wednesday, August 31, 2011

Macbuntu – Ubah Ubuntu Anda Menjadi Mac OS X

Sebelum ini, sekiranya anda ingin mengubah tema dan antaramuka pemasangan Linux anda untuk menyerupai antaramuka Mac OS X, semestinya anda akan mengguna-pakai Mac4Lin. Namun begitu, kini, khas untuk para pengguna Ubuntu, ianya diperkenalkan Macbuntu, iaitu salah satu pakej transformasi yang mengubah desktop anda kepada antaramuka Mac OS X dengan mudah.



Melalui Macbuntu, ianya membawakan kesemua komponen sistem yang diperlukan untuk mengubah Ubuntu Linux anda untuk menyerupai Mac OS X. Selain daripada Ubuntu Linux, ianya juga turut sama menyokong beberapa sistem operasi dan distro lain yang berasaskan Debian/GTK. Animasi Serupa Seperti Mac OS X. Buat masa ini, para pengguna boleh memuat-turun fail Macbuntu 10.04 yang bersaiz lebih kurang 24MB dan pasangnya pada Ubuntu Linux anda, sekaligus mengalami penggunaan Mac OS X terus daripada desktop Ubuntu anda. Pemasangannya juga adalah amat mudah. Buka terminal pada Ubuntu Linux anda dan seterusnya taip command berikut, dan anda sudah berjaya mengubah desktop anda menyerupai Mac OS X.

Run command berkenaan di terminal :-
wget https://downloads.sourceforge.net/project/macbuntu/macbuntu-10.04/v2.0/Macbuntu-10.04.tar.gz -O /tmp/Macbuntu-10.04.tar.gz
tar xzvf /tmp/Macbuntu-10.04.tar.gz -C /tmp
cd /tmp/Macbuntu-10.04/ $ ./install.sh

No comments: