Baru2 ini sahaja pihak Symbian Foundation memperlihatkan Symbian 3 ketika Mobile World Congress di Barcelona, dimana sebelum itu mereka telah pun melesenkan aplikasi mereka sebagai aplikasi sumber terbuka. Walaupun masih tiada sebarang gajet yang menggunakan Symbian 3 yang dilepaskan lagi, kini sudah pun mula kelihatan video yang memperlihatkan Symbian 4. Symbian 4 dijadualkan untuk dilepaskan sebelum penghujung tahun ini, dan gajet yang menggunakan Symbian 4 dijangka berada di pasaran pada tahun 2011 kelak. Symbian 4 dijangka akan membawakan perubahan drastik serta evolusi kepada sistem operasi tersebut, termasuk sokongan sentuh yang dipertingkatkan, serta penggunaannya yang lebih mesra pengguna. Symbian 4 dijangka akan muncul sebagai platform yang serba baru, membawakan antaramuka yang serba baru, serta dibangunkan menggunakan Nokia Qt. Buat masa ini, ianya masih lagi diperingkat awal pembangunan, dan beberapa video awal pembangunannya sudah pun mula kelihatan di arena internet kini. Nampaknya, Symbian 4 bakal membawakan revolusi baru pada sistem operasi telefon bimbit.
Wednesday, August 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment