Tuesday, August 30, 2011

5 Idea Susn Atur Ruang Pejabat

Susun atur ruang pekerja yang betul dan sistematik memudahkan pengurusan sesuatu syarikat. Susun atur meja perlu berdasarkan skop dan fungsi pekerjaan, ini bagi membuat pemilihan jenis meja dan ruang yang perlu diambil. Contoh, kerani hanya perlu meja untuk menaip berbanding seorang pelukis yang memerlukan beliau meja tambahan yang lebih besar untuk melukis secara manual.



5 Idea Susun Atur Ruang Pekerja
Susun atur dibawah adalah idea susun atur yang boleh digunakan oleh pelbagai ruang saiz pejabat. Workstation yang digunakan adalah jenis modular.

3 Unit cluster
Susunan yang boleh diputarkan kedudukannya dan bebas. Sesuai bagi ruang pejabat yang luas. Tetapi, kedudukan pendawaian elektrik di lantai boleh menjadi kompleks kerana susunan mejanya yang tidak tersusun.

4 Unit cluster
Workstation untuk kegunaan empat orang pekerja ini, selain disusun secara berpetak, ia boleh diubahkan sudutnya menjadi 45 darjah untuk kelihatan menarik. Susunan bagi 4 unit cluster ini nampak kemas dan terbuka.

6 Unit cluster with table in middle
Susunan ini membolehkan meja perbincangan diletakkan di tengah, antara workstation. Workstation boleh dirapatkan ke dinding dan meja boleh dialih untuk menjadikan ruang tengah sebagai laluan utama. Susunan ini sedikit privasi untuk pekerjanya.

6 Unit diagonal clusters
Susunan ini pula, sesuai jika ruang pejabat luas dan memanjang. Susunan ini juga dipanggil sebagai susunan zigzag. Hujung di akhir workstation boleh diletakkan kabinet fail dan indoor plant.

6 unit one row cluster
Susunan meja yang popular bagi sesetengah pejabat kerana lebih teratur, terbuka dan tersusun. Pejabat Google, Facebook dan designer firm suka memilih susunan jenis ini.

Jarak Ruang Lega
Jarak ruang lega bermaksud jarak yang selesa untuk manusia bergerak tanpa kemalangan. Seperti, terlanggar bucu meja, tersepak kaki meja atau terlanggar rakan pekerja. Sesetengah workstation yang disusunaturkan boleh mengambil ruang yang banyak dalam pejabat. Oleh itu, sebagai panduan, jarak antara dua meja kerja yang paling minimum dan selesa untuk dilalui ialah selebar 900 milimeter atau 3 kaki. Iaitu selebar satu daun pintu.

No comments: