Tuesday, August 30, 2011

Kacakkah Berambut Pacak ?

Antara trend² sesetengah lelaki sekarang adalah berambut pacak, selain sisipan baju kat luar, stokin warna², kaki seluar kecik ala² skinhead dan macam² lagi yang stailo². Kalau tak silap, fesyen rambut pacak ni mula menjadi ikutan setelah David Beckham memulakannya semasa Piala Dunia tahun berapa entah. Entah di mana hensemnya fesyen rambut macam ni ? Cool sangatkah ? Kacak sangatkah berambut pacak ? Lantas saya melakukan eksperimen ringkas tanpa menggunakan radas² di makmal, sekadar eksperimen sahaja. Terasa bagaikan alien pulak. Tak pula rasa sekacak David Beckham mahupun Brad Pitt. Rasanya lagi kacak fesyen rambut tobey a.k.a Spiderman tu kan ;) sikat rambut belah tepi, hehe. Kalau zaman sekolah dulu², selamba je cikgu² disiplin gunting depan perhimpunan pagi. Tapi sekarang, nak sentuh pun silap² masuk surat khabar lah cikgu disiplin tu, sebab cikgu lagi kacak dari murid2 tu, huhu :p

No comments: