Monday, August 29, 2011

Microsoft Beli Skype Dengan Harga $8.5 Billion

Haaaa, Skype sudah jadi milik Microsoft. Microsoft beli Skype dengan harga $8.5billion tu. Lepas ni Skype lebih banyak fungsi. Siapa main xbox pun boleh pakai Skype lepas ni. Kalau Skype dah jadi milik Microsoft, Live Messenger apa guna ? Gabung jadi Skype Live mungkin, huhu. USD 8.5 Billion ! Itu harga yang dibayar oleh Microsoft untuk membeli Skype. Skype merupakan gergasi dalam perkhidmatan VoIP (Voice over IP) dengan jumlah pengguna mencecah 170 juta pengguna, 8.8 juta daripadanya merupakan pengguna yang membayar untuk menggunakan perkhidmatan tambahan daripada Skype. Dengan pembelian ini, Microsoft akan mengintegrasikan perkhidmatan Skype ke dalam aplikasi dan sistem yang dimiliki mereka seperti Xbox dan Kinect, Xbox Live, Windows Phone, Lync dan Outlook. Pembelian ini juga merupakan pelaburan terbesar yang dilakukan Microsoft dalam tempoh sedekad. Dengan Skype masih gagal mencatat keuntungan walaupun mempunyai sejumlah pengguna yang besar, Microsoft seakan tidak kisah untuk mengambil alih Skype yang dibebani hutang USD 686 juta. Antara pihak yang mendapat keuntungan daripada penjualan saham Skype ialah pelabur utama Skype daripada kumpulan Silver Lake, Index Ventures, Andreessen Horowitz dan the Canada Pension Plan (CPP) Investment Board. Mereka sebelum ini telah membeli Skype daripada eBay dengan harga USD 2.75 billion pada tahun 2009.

No comments: