Sunday, July 24, 2011

Servis dan Menerima Servis Ping Pong

Dalam pertandingan pingpong, servis memainkan peranan yang sangat penting. Tujuan servis adalah mendapatkan masa secara langsung apabila pemain lawan membuat kesalahan semasa menerima servis atau gagal menerima servis serta merampas inisiatif dan merebut kedudukan aktif serta menguasai pemain lawan setelah ia memulangkan servis dengan lemah. Perkembangan dalam sukan mengatakan bahawa kebanyakan pukulan dilakukan ketika lantunan bola pada titik yang tertinggi. Ia biasanya berlaku pada tahap yang lebih tinggi dari ketinggian jaring.

Jika kita memulakan permainan dengan penggunaan titik lantunan bola pada titik yang tinggi pada permulaan kalinya, besar kemungkinan kita akan menggunakannya buat selamanya. Namun bukan semua pemain berjaya dalam memupuk tabiat ini. Kebanyakan pemain memerlukan masa yang panjang untuk berlatih menggunakan teknik ini, oleh itu mereka tidak mempraktikkannya dan hanya membalas pukulan lawan dengan bola pingpong yang berkelajuan rendah. Salah seorang pemain terhandal di dunia berkenaan kaedah ini ialah Li Gun Sang yang telah berjaya menempatkan diri di peringkat antarabangsa kerana kaedah ini.

Antispin
Beza diantara pemain handal dan pemain biasa adalah dengan adanya antispin Pemain seperti ini dapat menjangka ke arah mana bola akan pergi sebelum ia membuat pukulan. Jon Ove Waldner dari Sweden dan Jiang Jiliang dari China merupakan contoh yang terbaik tentang perlaksanaan antispin. Dalam permainan jika anda hanya dapat memerhati bola sahaja bermakna anda bertindak lambat. Seandainya teknik ini dapat dikuasai maka akan memberi kelebihan masa untuk bertindak awal. Oleh kerana itu, kecekapan servis merupakan satu kemahiran yang penting dan harus dikuasai oleh setiap pemain pingpong.

Cara Membuat Servis Yang Betul
Cara membuat servis yang betul, berubah-ubah dan mempunyai variasi supaya tidak disedari atau sukar difahami oleh lawan kita. Secara am, semasa membuat servis, jarak antara kedudukan pemain dengan meja adalah lebih kurang 50 cm dan jarak antara tangan yang memegang bola dengan meja adalah lebih kurang 15 cm. Kedua-dua tangan yang memegang bola dan tangan yang memegang bet mestilah di atas permukaan meja dan di belakang garisan hujung. Bola mesti dilempar sekurang-kurangnya 16 cm ke atas tanpa menjanakan sebarang putaran di belakang garisan hujung meja. Semasa bola menurun dari puncak, pukulan dibuat.

Apabila kita membuat servis dengan pukulan kilas (Backhand) kita hendaklah berdiri di sebelah kiri hujung meja. Kedua-dua belah kaki berdiri berdamping tetapi bercerai,dan kaki kanan hendaklah bengkok sikit ke hadapan. Untuk membuat servis dengan pukulan ke hadapan, anda hendaklah meletakkan kaki kiri di hadapan. Tempat berdiri ialah di tengah kiri hujung meja sedikit. Jika seorang pemain lemah dalam pukulan kilas, adalah lebih baik menggunakan servis pukulan hadapan (Forehand) dengan berdiri sedikit ke sebelah kiri.

Jenis-jenis Servis. Secara am, servis boleh dibahagikan kepada dua iaitu, servis berputar dan servis tidak berputar. Servis berputar pula boleh dibahagikan kepada 4 jenis seperti berikut :-
1. Servis putaran atas (Topspin service)
2. Servis putaran belakang (Backspin service)
3. Servis putaran ke kiri (Forehand sidespin service)
4. Servis putaran ke kenan (Backhand sidespin service)

Pergerakan untuk membuat servis putaran atas ialah dengan menggunakan bet menggeserkan bahagian separuh atas bola, sambil memukul mengatas ke hadapan. Pergerakan untuk membuat servis putaran ke belakang ialah dengan menggunakan bet menggeserkan bahagian separuh bawah bola sambil mencantas (Slice) bola itu dengan kuat dari atas. Untuk menghasilkan servis putaran ke kiri, kita hendaklah menggunakan bet untuk menggeserkan bahagian tengah sebelah kanan bola sambil dengan kuat ke sebelah kiri. Menggunakan bet untuk menggeserkan bahagian tengah sebelah kiri bola sambil memukul dengan kuat ke sebelah kanan akan menghasilkan servis yang berputar ke kanan. Servis (Bola) yang tidak berputar juga selalu digunakan dalam sesuatu pertandingan supaya tidak dapat dijangka oleh lawan.

No comments: