Sunday, July 24, 2011

Cara Memegang Bet Ping Pong

Cara memegang bet akan menentukan cara pukulan bola dan cara pukulan bola pula akan menentukan cara kita memegang bet. Dengan itu adalah sangat penting untuk memegang bet mengikut cara pukulan yang diiingini. Cara memegang bet boleh dibahagikan kepada 2 iaitu cara cekak pen dan cara cekak sudu.

Cekak Pen (Penhold)
Cara ini digemari oleh pemain-pemain Asia dan tidak hairanlah ia dikenali juga sebagai cekak Asia. Ia dikenali sebagai ‘cekak pen’ kerana bet dipegang oleh ibu jari dan jari telunjuk sebagaimana sebatang pen dipegang. Tiga batang jari lain sama ada direhatkan ataupun dibentangkan (Spread Across) menyeberangi sebelah belakang bet yang mana tidak seperti cara cekak sudu (Shakehand Grip), cara ini tidak atau jarang digunakan untuk memukul bola. Bagaimanapun cara pegangan ini telah digunakan secara berkesan oleh juara dunia.

Cekak Sudu (Handshake)
Cara memegang bet yang digemari oleh pemain-pemain Eropah ataupun barat. Ia kelihatan seolah-oleh berjabat tangan dengan pemegang bet dan dicirikan oleh jejari telunjuk yang memanjang sepanjang belakang (Base) mata bet (Blade) dan ibu jari diletakkan di sebelah yang bertentangan. Tiga batang jari lain mengelilingi bahagian pemegang dan bahu bet seharusnya berada dalam lingkungan kulit yang terletak di antara ibu jari dan jari telunjuk. Salah satu kelebihan cekak sudu ini ialah ia membenarkan penyesuaian serta-merta ke atas sudut bet semasa bermain. Darjah kawalan yang baik ini berupaya dilakukan kerana kedudukan ibu jari dan jari telunjuk.

No comments: