Sunday, July 24, 2011

Pemilihan Getah Pimple

Terdapat 3 jenis pimple dalam pasaran iaitu short pimple, medium pimple dan long pimple. Pimple pendek bersifat sangat laju dan lebih kawalan/control. Pimple medium bersifat sederhana laju tetapi kurang kawalan. Ia juga menghasilkan getaran/wobble pada bola yang datang. Pimple panjang pula bersifat sangat perlahan dan tinggi sifat getaran/wobble. Pimple panjang mempunyai kawalan yang paling rendah. Terdapat juga pimple tanpa span (OX) dan ketebalan span 0.1-2.1. Semakin tinggi span bermakna lebih laju getah pimple tersebut.

Ini bermakna, getah OX adalah yang paling perlahan dan bergantung sepenuhnya pada kelajuan kayu bat. Di pasaran kini terdapat dua jenis getah long pimple berdasarkan sifat getah iaitu frictionless/no friction dan friction/grip. Frictionless bermaksud getah tersebut kurang grip dan sentiasa memulangkan putaran bola pihak lawan dengan mudah dan berlawanan arah. Contohnya jika pihak lawan memberi bola backspin/chop, getah long pimple frictionless akan memulangkan bola tersebut sebagai top spin/bola kosong. Begitulah sebaliknya.

Getah frictionless sesuai untuk permainan control dan defend. Getah ini mengelirukan dan memberi mata mudah kepada pemain. Friction/grip pula bermaksud getah tersebut mempunyai grip. Ini memberi kesan besar kepada pemain yang mahu menyerang. Apabila getah long pimple memegang bola tersebut (Sifat grip), maka mudah untuk melakukan serangan. Getah friction/grip juga mempunyai 2 kebaikan di mana ia boleh digunakan sebagai defend (Perlu adjust stroke) dan juga permainan attack (Sifat grip).

Contoh getah frictionless yang biasa (Semua model frictionless dah kene BAN oleh ITTF mulai 1 Julai 2008) Dr Neubauer Super Block-Scalpel-Monster, Hallmark super special-super defense Contoh getah friction yang biasa Palio CK531A, DHS C7, DHS Cloud & Fog III, Hallmark Pheonix Salain itu, faktor utama yang menjadikan satu pimple mahal atau murah adalah bergantung kepada :-

1. Panjang pimple (Lebih panjang, lebih getar/wobble)
2. Saiz diameter permukaan bulat pimple (Lebih besar diameter lebih kawalan/control)
3. Jarak antara bulat pimple (Lebih jauh jarak, lebih getar/wobble)
4. Cara susunan bulat pimple
5. Kelembutan batang pimple (Lebih lembut, lebih senang batang pimple bengkok dan hasilkan lebih getaran/wobble)
6. Teknologi pada permukaan bulat pimple (hasilkan grip berbeza apabila sentuh bola)
7. Bat kayu/allwood lebih sesuai untuk pimple kerana mempunyai 'feel' lebih baik.
8. Biasanya pemain pimple memilih bat daripada kayu balsa & hinoki yg lembut & ringan.

No comments: