Mungkin istilah ni tak pernah diungkapkan pada mana2 blog. Tapi saya rasa istilah ni sangat sesuai digunakan oleh blogger2 yang suka meminta pendapat mengenai blog diorang daripada orang lain. Contohnya dari segi theme/template, kelajuan blog dan juga mengenai penulisan diorang. Diorang akan mengambil setiap pendapat yang diberi supaya diorang dapat menaikkan lagi mutu blog masing2. Sebab itu istilah blogku blogmu juga ini sangat sesuai digunakan oleh diorang ni. Tapi, tak semua orang boleh menerima pendapat orang lain, adakalanya pendapat itu tidak membina terhadap blog diorang. Kalau itu apa istilah yang patut diberi pada orang yang macam ni ? Saya pula jarang bertanyakan hal ni pada orang, sebab bagi saya, orang kalau ada pendapat terhadap sesuatu, dia akan luahkan dengan sendirinya tanpa perlu ditanya. Saya suka orang yang macam ni. Ni boleh dikira jujur la jugak. Takde la kalau ditanya baru nak dijawab. Buatnya orang tu takde standby apa2 pendapat, maka diorang akan jawab no komen je la kan. Semua orang mempunyai hak untuk meluahkan pendapat. Jadi jika korang rasa nak nyatakan pendapat korang kat sesuatu blog tu, luahkan je jangan nak malu2. Selagi pendapat korang tu tak melebihi tahap melampau, selagi tu la pendapat korang akan dipertimbangkan oleh empunya blog. Bak kata orang, berani kerana benar, benar ker ?
Saturday, July 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment