Dalam sesuatu perkara yang kita buat mestilah dimulakan dengan minat. Jika tiada minat mungkin benda yang kita lakukan itu hanya akan jadi separuh jalan saja. Begitu juga dalam blogging. Kalau kita memang berminat untuk berkongsi cerita, ilmu dan sebagainya kita akan terus tetap menaip agar apa yang kita hendak sampaikan itu orang lain dapat menerimanya. Tanpa minat yang mendalam dalam sesuatu perkara, kita akan mudah berputus asa. Lebih2 lagi jika kita hanya membuat sesuatu perkara itu seperti melepaskan batuk ditangga saja. Kita buat hanya untuk suka2 kemudian kita memasang harapan yang tinggi agar apa yang kita lakukan itu akan mendatangkan hasil. Dengan adanya minat, perkara yang sesukar mana pun dapat kita tempuhi walaupun ranjau mendatang. Seperti mana dalam bidang blogging ini, kita terpaksa bersaing antara satu dengan yang lain untuk menghasilkan sesuatu karya yang mungkin pada satu hari nanti berguna untuk orang lain ataupun juga boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada pelapis baru untuk sama2 naik dan dapat memberikan mereka lebih semangat untuk berada di dalam dunia blogging ini. Semua orang mahu melihat hasil setiap kerja yang dilakukan. Tapi jika kerja yang dilakukan tidak bermula dengan minat, maka segalanya akan kelihatan seperti biasa saja. Jadi tanamkan minat dan kurangkan pengharapan dalam sesuatu benda agar kita tidak akan rasa apa yang kita buat itu adalah satu perkara sia2. Wassalam
Saturday, July 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment