Saturday, July 30, 2011

Ban URL Di Shoutmix Bagi Mengelakkan Spam

Harini aku nak kongsikan lagi satu cara nak memastikan shoutmix yang kita gunakan tidak bersepah dengan spam dari website iklan atau pun autoblogwalking selain daripada lock website anda di shoutmix. Autoblogwalking biasanya akan menggunakan shortlink untuk masuk ke dalam shoutbox kita. Jadi dibawah ini aku selitkan cara2 untuk menangani masalah tersebut.

Cara Ban Website Di Shoutmix :-
1. Login akaun shoutmix anda
2. Dibawah menu Security. Klik Ban Control.
3. Di Banned URL isikan URL website ataupun shortlink yang ingin di'ban'
4. Ok siap

p/s: Banned IP address adalah tidak digalakkan, kerana kemungkinan pengguna internet mempunyai ip yang hampir sama. Selamat mencuba !

No comments: