Kenapa nak block ? Ada banyak sebab sebenarnya, seperti tidak mahu fail dipindah dengan mudah atau penyalahgunaan CDROM. (Atau kedekut nak bagi pinjam PC/Laptop, hahaha)
1. Akses sebagai root untuk melarikan arahan di bawah bagi CDROM
# cd /lib/modules/$(uname -r)/kernel/drivers/cdrom
2. Seterusnya menukar nama pemacu tersebut
# mv cdrom.ko cdrom.ko-ok
3. Larikan arahan di bawah bagi storan USB pula
# cd /lib/modules/$(uname -r)/kernel/drivers/usb/storage
4. Tukar nama pemacu USB tersebut
# mv usb-storage.ko usb-storage.ko-ok
Anda perlu reboot untuk menaktifkan konfigurasi ini. Jika anda ingin menggunakan semula CDROM dan storan USB tersebut, tukar nama pemacu kepada nama asalnya sahaja. Selamat Mencuba !







No comments:
Post a Comment