Nginx merupakan aplikasi pelayan web dan proksi berbalik yang ringan dan berprestasi tinggi. Ia juga boleh menjadi proksi untuk email (dalam protokol IMAP/POP3), dilesenkan dibawah perlesenan BSD. Ia mampu dilarikan pada kebanyakkan OS yang ada seperti Unix, Linux, variasi BSD, Mac OS X, Solaris dan juga Windows. Sebenarnya pelayan web ini telahpun dilepaskan pada 4 Oktober 2004, iaitu lebih kurang 7 tahun lepas. Dikatakan bahawa Nginx mempunyai kebolehan untuk memberikan prestasi yang lebih baik berbanding Apache HTTP kerana pendekatan pemperosesan berbeza.
Antara ciri-ciri utama Nginx ialah :-
01. Mengendali fail statik, indeks dan mengindeks secara automatik
02. Proksi berbalik dengan cache
03. Pengimbangan beban.
04. Kawalan kesilapan
05. Sokongan SSL
06. Sokongan FastCGI dengan cache
07. Pengaliran FLV
08. Pengaliran MP4, dengan tambahan modul MP$
09. Authentikasi laman web
10. Pemampatan gzip
11. Kebolehan untuk menangani lebih dari 10000 sambungan serentak
12. Penulisan semula URL
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut layari www.nginx.org







No comments:
Post a Comment