Saturday, May 21, 2011

Preview simpleLinux Buatan Malaysia

simpleLinux, merupakan satu distro yang dibangunkan oleh warga Malaysia berasaskan Slackware dan Slax. Pelapor kepada distro simpleLinux ini ialah Fariz Luqman dan Syukri Roslee yang mana pembangunan distro ini bertempat di Ampang, Malaysia. simpleLinux menggunakan KDE sebagai pengurus desktop secara lalai dan juga boleh XFCE sebagai pilihan pengurus desktop. Versi terkini telah dilepaskan pada 25 Disember 2010 dengan kod nama Felix101 merupakan versi LTS (Long Term Support). Untuk muat turun distro ini, anda boleh layari laman web rasmi mereka dan pilih imej ISO yang anda perlukan. Oleh kerana simpleLinux menggunakan Slax dan KDE yang mana saya tidak begitu mahir dengan kedua-duanya, saya hanya dapat mencuba serba sedikit sistem operasi ini. simpleLinux merupakan satu distro yang cukup menarik dan apa yang lebih membanggakan ialah ia dibangunkan oleh orang Malaysia sendiri, cubalah. Layari : www.simplelinux.tk

No comments: