Saturday, May 21, 2011

Betul Ke Anda Pengguna Sumber Terbuka ?

1. Google
Google merupakan satu nama yang memang tak asing lagi pada kita semua. Erm.. mungkin bukan kita semua sebab saya tiada statistik yang menyatakan perkara tersebut. Tapi, jika pengguna internet secara ammnya akan menggunakan sinonim menggoole atau googling malah ada yang bertanya semula kepada persoalan tertentu seperti Dah google belum ? atau Baik google dulu sebelum tanya. Pengaruh google sememangya tak dapat dinafikan lagi.

2. Twitter & Facebook
Ramai yang mengenali apa itu Twitter dan Facebook. Laman sosial Twitter dan Facebook juga menggunakan sumber terbuka untuk melarikan aplikasi mereka. Dengan menggunakan pelayan web berasaskan sumber terbuka, Twitter dan Facebook dapat memberikan pengalaman komunikasi sosial secara maya dengan cukup menarik serta mengubah cara kita semua berkomunikasi.

3. WordPress, Joomla dan Drupal
Sekali lagi, mungkin anda tidak pernah menggunakan aplikasi yang dinyatakan diatas. Tapi berjuta-juta laman web yang dibangunkan menggunakan Joomla dan Drupal serta blog platform yang mana dijana oleh WordPress. Mungkin anda tidak menggunakannya tapi adakah anda tidak melayari walau salah satu darinya setiap hari ?

4. Apache HTTP Server
Apache merupakan satu server web yang dibangukan dan dikemaskini oleh para pembangun sumber terbuka dibawah Apache Software Foundation. Majoriti pelayan web yg menggunakan Apache juga menggunakan Linux sebagai sistem operasinya.

5. Firefox dan Chromium
Firefox yang dibangukan oleh Mozilla Foundation merupakan satu pelayar web berasaskan sumber terbuka dan ia juga adalah percuma. Manakala Chromium pula dibangunkan berasaskan kod serta enjin JavaScript V8 Google Chrome yang mana menjadikan ia juga satu projek sumber terbuka. Buat masa ini Firefox merupakan pelayar web yang kedua tertinggi digunakan untuk melayari web.

6. Sistem Operasi Linux
Server yang sedang dijana menggunakan Linux menjangkau lebih dari separuh server seluruh dunia. Dan mainframe pula sekitar 90 peratus penggunaaannya. Sebenarnya banyak lagi aplikasi lain yang sedang dijana oleh komuniti sumber terbuka seperti Android yang dibangunkan berasaskan Linux untuk perkakasan bergerak. Cuma, kita perlu sedikit sebanyak sedar yang mana kita sedang menggunakan sumber terbuka tanpa kita sedari.

No comments: