Akhirnya Novell telahpun dijual kepada sebuah syarikat persendirian bernama Attachmate dengan harga USD 2.2 Billion dan sebahagian lagi kepada CPTN Holdings untuk USD 450 juta. Sebelum ini, banyak khabar yang menyokong VMWare untuk mengambil alih Novell kerana sokongan VMWare terhadap komuniti sumber terbuka itu sendiri. Attachmate merupakan sebuah syarikat yang disokong oleh Microsoft dan penjualan ini termasuk beberapa aset harta intelek. Walaupun tidak dijelaskan apakah harta intelek itu, namun perlu diketahui Novell mempunyai sekitar 460 paten dan hakmilik berkaitan UNIX bersama harta intelek yang lain. Cadangan dari Attachmate ialah menguruskan Novell sebagai 2 unit perniagaan yang berbeza, SUSE dan selebihnya. Secara tidak langsung, Microsoft juga terlibat dalam urusniaga ini. Syarikat tersebut melalui Horatio Guierrez, merupakan Microsoft VP dan Deputy General Counsel of Intellectual Property and Licensing. Berita ini masih agak baru dan yang pasti dengan pembelian Novell oleh Attachmate, diharap openSUSE sentiasa terus bekembang untuk komuniti sumber terbuka
Saturday, May 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment