Sunday, May 29, 2011

Teknologi Pada Masa Hadapan

Pada zaman Hang Tuah dulu, mesti tak ada pun manusia yang akan percaya sekiranya saya mengatakan bahawa ada mesin yang mampu membantu manusia terbang di udara. Kini tidak lagi, semua orang boleh menerima hakikat bahawa ada teknologi yang membolehkan sesuatu benda terbang dan membantu manusia dalam pelbagai aspek. Anda akan dikatakan gila sekiranya memberikan idea atau berusaha mencipta benda yang diluar akal manusia mengikut zaman. Begitulah cerita yang dibawa dari dulu sampai sekarang. Di waktu kecil, saya kuat berangan sampai besar pun masih kuat berangan lagi, huhu. Saya pernah berimaginasi berjalan-jalan ke serata dunia menggunakan pintu sesuka hati dan pernah juga terlintas untuk menjadi superhero seperti Spiderman. kah3x, tapi kini saya tidak lagi terlintas untuk menjadi Spiderman sebab saya sudah pun menjadi Spiderman yang sebenar, cuma malas jew nak tunjuk bakat, buat relax jew dulu, huhuhu. Kalau ada orang jahat baru saya akan tunjuk skill, low profile la katakan, ahaha. Mesti anda semua masih menganggap ini adalah perkara yang mustahil kan ? Tapi saya rasa ianya tak mustahil selepas mengetahui serba sedikit mengenai kebolehan kita, jadi apa lagi. Jangan berhenti berimaginasi. Imaginasi membentuk kreativiti :D

No comments: