Sunday, May 29, 2011

Kalau Tak Mampu Menjadi Bulan, Jadilah Bintang

Kita sebagai manusia kadang-kadang ada perkara yang tidak mampu kita lakukan dan kadang-kadang ada melampaui batasan sehingga boleh menjatuhkan diri sendiri. Contohnya dalam bidang matematik, masa zaman sekolah dulu korang pasti ada rakan yang pandai matematik dan ada yang tidak pandai matematik kan ? itulah uniknya ciptaan Tuhan. Setiap individu ada kemahiran masing-masing, mungkin ada yang mengatakan "Aku tak nampak pun apa kemahiran aku" tapi percayalah sebenarnya anda sangat mahir untuk tidak mahir dalam apa jua bidang tidakkah itu unik ? Kah3x.

Kalau tidak mampu menjadi bulan, jadilah bintang. Itu adalah kata-kata dari lecturer saya masa study dulu. Lecturer ni seorang yang cantik, comel, lawa, lemah lembut, sopan santun dan baik dengan saya (Betul ker ?) nasib baik dia sudah berkahwin, kalau tak dah lama saya mengorat dia, huhuhu. Akhirnya saya nekad untuk menghasilkan virus komputer yang mampu tersebar ke seluruh pelusuk institusi pengajian dimana tempat saya belajar. kenapa ? Sebab saya nak buktikan 'mereka-mereka' ini sebenarnya hanya reti 'sembang pandai' dan tidaklah bijak seperti yang mereka perlihatkan kepada umum.

Walaupun bagi sesetengah orang, virus ciptaan saya agak 'lame' tapi itu lagi membuktikan bahawa 'mereka-mereka' ini lebih 'lame' dari saya, muahaha. Apabila virus mula tersebar, ramai staff dan tenaga pengajar telah dijangkiti virus itu. Seperti biasa, bila ada kes seperti ini, mulalah ada staff yang nak jadi polis, ada yang nak jadi bomba, ada yang nak jadi CSI:Uganda.. kah kah kah.. Akhirnya mereka berjaya menangkap penjenayah yang dikehendaki (Saya) selepas mengugut dan menyeksa beberapa orang teman Saya (Ugut kalau tak cakap, buang institut).

Saya telah dihadapkan ke mahkamah (Bilik Kaunseling) dan ramai staff dan tenaga pengajar berjawatan tinggi telah menengking, memarahi, dan memberitahu risiko yang terpaksa ditanggung oleh pihak institut. Tiada seorang pun yang bertanya "Kenapa kau lakukan?" Sehinggalah ke akhir-akhir hujung sesi kaunseling itu, seorang lecturer perempuan bersuara "Kenapa awak buat virus ni?" Tersenyum saya dengar soalan lecturer tu dan saya membalas panjang untuk mejawab persoalan itu. Pendek kata jawapan saya tu menunjukkan saya ni cuma 'nak perhatian & gila glemer'.

Lecturer perempuan tu diaaaam ja.. tapi lepas semua dah bersurai, dia cakap in person dengan saya, dia cakap camni "irman sayangku (saja tambah), memang la realiti mereka-mereka ni nak jaga nama institut ja, awak dipinggirkan, tapi kalau awak buat benda tak baik camni, boleh merosakkan diri sendiri tau.. kalau tidak mampu menjadi bulan, jadilah bintang.. walaupun kecil ia tetap bersinar di mata saya tau irman" Saya apa lagi, saya pun terus berkahwin dengan lecturer tu, last2 skali rupa2nya saya bermimpi, kaco daun tul :D

No comments: