Sunday, May 29, 2011

Anda Geek ? Anda Programmer ? Anda Suka Java ?

Kali ini saya nak bercerita mengenai Java pula, apa itu Java ? Java adalah bahasa pengaturcaraan komputer yang digunakan meluas dalam dunia tak kiralah aplikasi phone atau komputer, kebanyakan aplikasi yang ada diprogramkan menggunakan Java tapi sebelum itu, saya nak tegaskan bahawa Java dan Javascript bukanlah benda yang sama. Sekiranya anda mahir Javascript, belum tentu anda mampu menguasai Java. Sepanjang hidup saya, saya telah mengenali beberapa jenis language komputer untuk menulis program diantaranya ialah C, VB-Script, PHP dan MySQL.

Saya lebih selesa menggunakan language seperti C untuk menghasilkan executable file dan PHP untuk menghasilkan dynamic website. Tapi, bagi kawan saya lain pula, dia lebih menyukai C# dan ASP. Walaubagaimanapun Java telah membangun dengan pesat mendahului language komputer yang ada dimuka bumi ini. Software handphone kebanyakannya menggunakan Java. Nak bangunkan dynamic website pun boleh pakai java-server-page. Sistem tu pakai Java, sistem ni pakai Java. Pendek kata, hidup anda dikelilingi Java lah ! hahaha. Masa depan nanti mungkin semua programmer akan hidup bersatu padu menggunakan Java.

Jadi saya terpaksa belajar Java untuk mengikuti peredaran zaman. Jujur saya katakan, sebenarnya saya x suka dengan Java kerana agak sukar difahami. Jika di Malaysia masih tidak ramai expert dalam languange nie. Kalo di universiti2 pun belajar basic jew, itupun setakat nak keluarkan output "Hello World", hahaha, kelakar tul. Bagaimana dengan anda ? language apa yang best ? Java juga ker? Sila jangan bagi jawapan seperti "saya suka japanese language".. kah kah kah., cubit japgi baru tau, hahaha..

No comments: