Sunday, May 29, 2011

Pakar Peta Dunia Berumur 2 Tahun

Dulu masa sekolah menengah, saya tak hafal peta dunia, dan saya juga tak tahu apa hasil bumi atau jenis-jenis tanah yang ada di Malaysia. Tapi selepas melihat video budak kecil yang berumur 2 tahun ini yang sangat mahir dengan peta dunia saya berasa sangat teruja kerana ini adalah satu perkara yang boleh dikatakan mustahil. Kebanyakan kanak-kanak berumur 2 tahun hanya belajar untuk menyebut perkataan dan belajar memahami bahasa yang mudah, tetapi ini adalah bercanggahan dengan budak kecil bernama 'Lily' ini. Dia sudah menghafal beratus kedudukan negara di dalam peta. Lily telah menjadi popular apabila bapanya meletakkan videonya di Youtube. Dia juga telah dijemput ke rancangan talkshow 'Oprah'

No comments: