Monday, May 23, 2011

Software Lajukan Proses Copy Files

Maksud copy file adalah menyalin data dari satu stroge kepada storage yang lain. Sebagai contoh anda ingin copy file movie dari hardisk kepada pendrive. Kebiasaanya masa yang diambil bagi copy sesuatu file bergantung kepada saiz file tersebut dan kelajuan komputer. Semakin besar saiz file semakin lama masa diambil. Bayangkan kalau satu folder movie yang bersaiz 10G , agaknya berapa lama masa yang diambil jika menguna Operating System Windows. Mengikut pengalaman saya sendiri masa yang diambil boleh dikatakan agak lama dan membosankan.

Apa yang saya ingin kongsi pada artikel ini mengenai satu software yang boleh mempercepatkan kelajuan copy. Bagi pengguna yang baru membiasakan diri mengguna computer, cara untuk copy file hanya perlu klik kanan pada file tersebut , klik properties dan seterusnya klik copy. Selepas anda klik copy, paste file tersebut di directory yang dikehendaki. Berbalik kepada topik asal iaitu software yang boleh mempercepatkan proses copy. Nama software tersebut adalah Teracopy.

Terdapat dua version iaitu Home User dan Professional. Software ini dikeluarkan oleh Code Sector. Di samping itu terdapat banyak lagi software yang di keluarkan oleh Code Sector antaranya Audio Sliders, Cute Orginizer, Direct Folder, Jetstart Pro, Memo Clip dan VoiceCall. Memang sesuai digunakan bagi mereka yang selalu copy file yang bersaiz besar. Setelah anda install TeraCopy akan terhasil satu menu TeraCopy pada menu Properties. Cara menggunakanya hanya perlu klik pada TeraCopy dan pilih samada ingin Copy To atau Move To.

No comments: