Monday, May 23, 2011

Scan Virus Menggunakan Banyak Anti-Virus Secara Online

Virus dan anti-virus tidak dapat dipisahkan dalam teknologi komputer pada hari ini. Perisian anti-virus memang wajib di install di setiap komputer. Setiap komputer hanya sesuai di install satu perisian anti-virus sahaja. Walaupun boleh di install lebih dari satu ia akan menjejaskan prestasi komputer dan prestasi anti-virus sendiri. Hari ini saya ingin berkongsi satu service anti-virus yang tidak perlu di install pada komputer.

Services ini berfungsi untuk mengesan viruses, malware, worms dan trojans secara online. Walaupun banyak website yang menawarkan services seperti ini , VirusTotal menjadi pilihan saya kerana menggunakan perbagai perisian antivirus AVG, AntiVir, Awido, DrWeb dan banyak lagi. VirusTotal ini berfungsi hanya jika anda mempunyai sambungan internet sahaja. Anda hanya perlu lakukan 3 langkah sahaja untuk mengesan viruses, malware, worms dan trojans.

1. Buka laman web VirusTotal.
2. Dalam menu Upload the file, klik browse dan pilih file yang ingin di scan.
3. Proses ini akan mengambil sedikit masa bergantung kepada size file & kelajuan internet.

Selain laman web Virustotal terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan seperti ini. Salah satu yang boleh dikatakan popular Trend Micro HouseCall

No comments: