Monday, May 23, 2011

Buat Logo Secara Online

Ini adalah artikel yang seterusnya untuk hari ini. Idea ini tercetus bila saya buka laman web Yahoo dan terpandang logo Yahoo yang agak berbeza hari ini. Kebiasaanya logo Yahoo berwarna merah tapi hari ini logo Yahoo berwarna hijau .Berpandu kepada 2 logo Yahoo dan Google dibawah apa yang anda faham ? Jawab jangan tak jawab. Lanjutan dari kisah logo tersebut tercetus idea untuk melihat semua logo2 antara Yahoo & Google. Maklumlah mereka berdua ni kan perdana menteri enjin carian.

Saya mula mencari, mencari dan terus mencari menggunakan enjin carian. Hasilnya saya menemui hanya Goolge yang menyenaraikan semua logo2 yang digunakan dari tahun 1997 sehingga 2008. Kalau anda ingin melihat kesemua logo yang Google gunakan sehingga sekarang boleh klik pada link ini. Logo yang digunakan yahoo selama ini? Belum saya ketemuinya. Kalau anda menemuinya seeloknya kongsi-kongsi bersama saya di ruangan ini. Kita tinggalkan kisah logo2 Yahoo dan Goolge.

Berbalik kepada isu asal kita adalah mengenai buat logo secara online. Jangan silap faham, saya tidak akan menerangkan panduan untuk membuat logo menggunakan software seperti Adobe Photoshop dan sebagainya tetapi sekadar berkongsi satu laman web yang boleh digunakan untuk membuat logo secara online. Terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk membuat logo secara online. So hari ini saya akan berkongsi salah satu laman web yang menyediakan perkhidmatan ini secara percuma iaitu Logoease

No comments: