Saturday, May 21, 2011

Pengguna Linux Diseluruh Dunia

Semasa membelek Internet, saya terbaca satu artikel yang telah dikeluarkan oleh Focus.com mengenai penggunaan Linux di jabatan-jabatan kerajaan, pendidikan serta swasta diseluruh dunia. Senarai tersebut menyatakan 50 organisasi besar yang menggunakan Linux sebagai platform mereka dalam menjalankan tugas harian. Apa yang menarik minat saya ialah ada organisasi penting menggunakan Linux disebabkan ia stabil dan memenuhi keperluan mereka.

Satu contoh dari senarai tersebut ialah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Mereka menggunakan Red Hat Linux untuk melarikan sistem mereka dan menggunakannya semasa operasi di Baghdad, Iraq. Diketahui juga armada laut mereka juga menggunakan sistem operasi Linux! Selain itu Cisco juga terpaksa menggunakan Linux untuk syarikat mereka disebabkan masalah pencetak bersama Windows NT.

Masalah yang kita semua hadapi semasa menggunakan Windows bersama peranti Cisco. Dan masih ramai pengguna membina infrastruktur IT dengan gabungan Cisco dan Windows. Pelik bukan ? Keseluruhan kerajaan Sepanyol telahpun menggunakan Linux sebagai sistem operasi mereka. Sepanyol telahpun menjadi penyokong utama dan pengguna Linux dari sudut kerajaan persekutuan mereka. Semenjak tahun 2002, mereka telah membuat penyesuaian distro Linux yang dinamakan LinEX berasaskan Debian dan GNOME sebagai persekitaran desktop.

Kerajaan Sepanyol juga telah memberikan CD kepada hampir semua peluang yang ada pejabat kerajaan, edaran majalah malah suratkhabar harian sebagai satu usaha berterusan dalam mengedar LinEX kepada semua. Dalam sistem pendidikan pula, banyak jabatan kerajaan dunia serta organisasi telah menggunakan Linux sebagai alternatif mudah dan murah sebagai satu alat pembelajaran.

No comments: