GNOME merupakan singkatan kepada GNU Network Object Model Environment merupakan persekitaran desktop iaitu GUI yang dilarikan sebagai paparan atas sesebuah sistem operasi, dibina keseluruhannya berasaskan perisian percuma dan sumber terbuka. GNOME dibangunkan oleh dua pengaturcara Mexico, Miguel de Icaza dan Federico Mena. Ia merupakan projek antarabangsa yang mencakupi kerangka pembangunan perisian, pemilihan aplikasi untuk desktop dan membina program untuk pengurusan aplikasi, fail, serta pengurusan tugas. GNOME merupakan sebahagian dari projek GNU dan bleh digunakan dalam pelbagai sistem operasi berasaskan Linux. Projek GNOME menekankan kepada prinsip KISS (Keep it simple and straightforward). Tujuan lain pembangunan GNOME ialah :-
1. Kebebasan : Untuk membangunkan persekitaran dekstop yang sentiasa mempunyai kod sumber untuk digunakan semula
2. Capaian : Memastikan desktop boleh digunakan oleh sesiapa, tanpa kekangan skil teknikal atau masalah fizikal
3. Antarabangsa & Localiti : Membina desktop yang mempunyai pelbagai bahasa. Buat masa ini GNOME telah diterjemah kepada 161 bahasa.
4. Mesra Pemaju : Memastikan ia mudah untuk menulis perisian dan integrasi bersama desktop dan membolehkan pembangun bebas untuk memilih bahasa pembangunan.
5. Organisasi : Kitaran pengeluaran dan struktur komuniti yang berdisiplin
6. Sokongan : Memastikan sokongan dari institusi lain untuk komuniti GNOME.
GNOME dibentuk berdasarkan desktop komputer tradisional. Ia mengendalikan tetingkap, aplikasi dan fail sama seperti sistem desktop yang lain. Dalam konfigurasi tersedia, desktop ini mempunyai menu pelancar untuk akses segera kepada program dan lokasi fail, tetingkap boleh diakses melalui taskbar melalui bahagian bawah skrin dan sudut atas kanan berfungsi sebagai kawasan notifikasi untuk paparan perisian yang dilarikan. Walau bagaimanapun, fungsi ini boleh diletakkan dimana-mana bahagian mengikut kemahuan pengguna.
No comments:
Post a Comment