Saturday, May 21, 2011

Apa Itu KDE ?

KDE ialah komuniti perisian antarabangsa yang menghasilkan set aplikasi bersepadu bagi pelbagai platform yang direka agar boleh dilancarkan di dalam Linux, FreeBSD, Windows, Solaris dan Mac OS X. Ia amat dikenali dengan ruang kerja Desktop Plasma, satu persekitaran desktop asas untuk persekitaran kerja bagi banyak edaran Linux seperti openSUSE. Mandriva Linux, Kubuntu, Red Flag Linux dan Pardus.

Tujuan utama projek ini ialah menghasilkan fungsi desktop asas dan aplikasi untuk keperluan harian serta perkakas dan dokumentasi kepada pembangun untuk menulis aplikasi mandiri kepada sistem. Oleh itu, projek KDE ini berfungsi sebagai payung untuk banyak aplikasi mandiri serta projek kecil yang berasakan teknologi KDE. Ini termasuk KOffice, KDevelop, Amarok, K3b dan banyak lagi.

Perisian KDE adalah berasakan kit perkakasan Qt, walaupun ia menyokong program yang berasaskan GTK, termasuk tema visual berasaskan GTK. Versi stabil terkini yang telah dilancarkan ialah KDE 4.4.5. Namun, komuniti KDE sedang aktif menbangunkan versi 4.5 yang kini berada pada fasa RC 2. Sepertimana banyak perisian sumber terbuka yang lain, KDE merupakan usaha sukarela walaupun ada organisasi seperti Novell (openSUSE), Nokia dan Mandriva menggajikan pembangun untuk menyumbang kepada projek ini.

No comments: