Saturday, May 21, 2011

IPCop Firewall Berasaskan Linux

IPCop Firewall merupakan satu distro Linux. Ia dibina untuk pengguna dirumah. Antaramuka IPCop sangat mesra pengguna dan ia membuatkan mudah untuk digunakan. IPCop mengandungi mekanisma pengurusan pengguna yang mudah untuk memasang pengemaskinian apabila diperlukan. IPCop dibina dengan stail sumber terbuka yang tradisional, iaitu dengan kumpulan pembangun dari serata pelusuk dunia. Imej ISO bagi pemasangan disebarkan melalui rangkaian pelayan mirrors. IPCop juga mempunyai 35 bahasa untuk antaramuka penggunanya. Kerana IPCop ini berasaskan Linux, ia mempunyai banyak add-on walaupun penambahan tersebut bukanlah secara rasmi. Kadangkala add-on ini berasaskan pelayan yang menambahkan lagi fungsi kepada IPCop seperi QoS, pemeriksaan virus dalam email, ringkasan trafik rangkaian, antaramuka tambahan untuk mengawal proxy dan banyak lagi.

No comments: