Saturday, May 21, 2011

Firefox Home Diterima Dalam iPhone App Store

Sebelum ini, Firefox telah menghantar satu aplikasinya yang dimanakan Firefox Home ke iPhone App Stor. Apple telahpun bersetuju dengan aplikasi ini untuk dimuatkan didalam sistem operasi iPhone (iOS) seperti iPhone dan iPad. Firefox Home ini membolehkan pengguna sync dan memaparkan “bookmarks” serta tab. Malahan sejarah pelayar juga boleh dimuat turun antara perkasas iOS dan komputer. Ditekankan disini bahawa Firefox Home bukanlah pelayar web Mozilla sendiri tetapi merupakan add-on kepada pelayar Safari didalam Apple iOS. Sebelum pengguna menggunakan Firefox Home, mereka perlu memasang Firefox Sync, yang merupakan add-on kepada Firefox kedalam komputer mereka terlebih dahulu. Firefox Sync atau dikenali sebagai ‘Weave Sync”, membantu menyimpan data pengguna. Ia enkrip semua data pengguna sebelum menghantarnya ke pelayan. Untuk enkripsi, Sync menggunakan frasa rahsia pengguna semasa mencipta akaun dengan add-on ini.

No comments: