Sunday, May 22, 2011

Kenapa Saya Memilih Perisian Terbuka

Ia adalah berkaitan dengan kebebasan untuk memilih. Sumber terbuka itu sendiri berasakan kepada perkataan “free” yang menjurus kepada “freedom” iaitu kebebasan bukan percuma. Sememangnya kebanyakkan perisian yang dibangunkan berasaskan sumber terbuka adalah percuma tetapi bukan semua perisian percuma dibangunkan mengikut kaedah sumber terbuka itu sendiri. Agak pening bukan ?

Falsafah sumber terbuka ini amat menekankan tentang kebebasan. Bebas untuk memahami dan belajar yang membawa kebebasan ilmu pengetahuan itu sendiri. Ahli komuniti Sumber Terbuka bebas untuk berkongsi maklumat serta bebas untuk belajar dari orang lain. Banyak perisian sumber terbuka yang boleh didapati dan kita secara tak langsung mempunyai pilihan, bebas untuk mendalami perisian tersebut serta mengubahnya, dan bebas untuk dikongsi bersama-sama.

Satu contoh yang paling utama dan dikenali umum ialah sistem operasi Linux. Ramai yang bertanya kenapa Linux mempunyai begitu banyak distro atau jenis yang berlainan. Ini sebenarnya adalah berasaskan model Sumber Terbuka itu sendiri yang tidak mengekang sebarang perubahan yang diinginkan oleh orang ramai . Setiap komuniti mempunyai hak yang sama untuk menghasilkan distro yg baru bergantung kepada keinginan masing2.

Tak perlu disenaraikan distro disini memang cukup banyak. Saya memilih sumber terbuka dan sistem operasi linux bukan mengutamakan kelebihan sumber terbuka itu seperti tiada masalah virus, perisian sumber terbuka tidak memerlukan kod pengaktifan atau kos yang amat minimum tetapi kebebasan itu sendiri. (Kelebihan-kelebihan itu sememangnya menjadi bonus tambahan untuk terus menggunakan perisian sumber terbuka).

Saya boleh katakan bahawa saya tidak perlu menghadkan diri untuk menggunakan komputer saya, perisian yang saya pasang tanpa perlu merujuk kepada orang lain. Kenapa saya tidak boleh menentukan apa yang saya mahu ? Dan apa yang saya boleh lakukan ? Sumber terbuka itu sendiri telah menghapuskan dinding pemisah yang dibina dari “pagar” dan “tingkap” kerana falsafah sumber terbuka tidak memerlukannya. Kita semua punya hak yang sama !

No comments: