Sunday, May 22, 2011

Memasang Ubuntu Dalam Windows Menggunakan Wubi

Apa dia Wubi ?
Bagi mereka yang sudah menggunakan Ubuntu, pasti ada pernah mendengar mengenai Wubi, satu perisian untuk memasang Ubuntu pada Windows.Wubi merupakan perisian installer Ubuntu disokong secara rasmi untuk pengguna Windows yang mana Ubuntu boleh dipasang atau dibuang dari Windows sama seperti perisian lain dengan cara yang mudah serta selamat.

Wubi Adalah Mudah
Tidak perlu burn pada CD. Hanya lancarkan perisian Wubi, masukkan nama dan kata laluan pengguna baru dan klik “Install”. Biarkan ia terpasang dan anda boleh menggunakannya selepas itu.

Wubi Selamat
Tidak perlu mengubah apa-apa pada Windows anda. Wubi hanya menambah pilihan tambahan untuk boot ke Ubuntu. Ia berfungsi seperti perisian lain tanpa sebarang malware atau spyware. Sebagi sumber terbuka dan percuma, sesiapa sahaja boleh mengesahkan perkara tersebut.

Wubi Terasing dari Windows
Wubi menyimpan sebahagian besar file dalam satu folder, dan jika anda tidak suka, anda boleh memadamnya sama seperti aplikasi lain.

Wubi Adalah Percuma
Wubi dan Ubuntu tidak memerlukan kos tetapi memberikan perisian yang mampu berfungsi sepenuhnya tanpa sebarang kod pengaktifan.

Bagaimana untuk Memasang Wubi ?
Seperti biasa, muat turun perisian Wubi. Kemudian lancarkan perisian tersebut dengan klik padanya. Pilih nama pengguna dan kata laluan untuk pengguna Ubuntu. Seterusnya klik “Install” dan biarkan ia terpasang. (Pastikan anda ada sambungan internet ketika ini, Wubi akan muat turun Ubuntu secara automatik) Jika tiada sambungan internet, kita perlu muat turun ISO Ubuntu terlebih dahulu dan meletakkannya bersama perisian Wubi.

+ http://wubi-installer.org/latest.php
+ http://releases.ubuntu.com

No comments: