Semasa permulaan membuat partition untuk memasang sistem operasi, terkadang saiz yang ditentukan agak besar berbanding apa yang diperlukan atau kita ingin membuat penambahan partition. Dalam Linux, perkara ini amat mudah untuk diselesaikan dengan aplikasi yang dipanggil Gparted. Perisian ini mampu untuk mendefiniskan saiz baru kepada partition yang sedia ada dan juga menambah partition terhadap cakera keras. Ia menggunakan libparted untuk mengesan dan manipulasi perkakasan serta jadual partition dengan beberapa pilihan. Gparted mampu untuk membina, membuang, saiz semula, salin serta menyemak partition yang ada dalam cakera keras. Ia berguna untuk menyediakan ruang baru untuk sistem operasi tambahan dan boleh digunakan untuk sistem data buat Windows XP/Vista/Windows 7. Dalam Ubuntu ia telahpun tersedia didalam repositori dengan melancarkan “Ubuntu Software Centre”
Sunday, May 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment