Sunday, May 22, 2011

Mengenali Keluarga Linux Yang Lain

1. Damn Small Linux (DSL)
Siapa kata sistem operasi memerlukan ruang yang besar ? adakah anda percaya jika dikatakan sistem operasi ini hanya 50MB ? dan mempunyai Firefox, XMMS, MS Office Viewer dan banyak lagi. Dikenali oleh pengguna Linux untuk membaiki sistem operasi lain terutamanya, Windows. Saya tidak pernah menggunakannya kerana selama ini hanya kerap menggunakan Linux Ubuntu sahaja.

2. Knoppix
Digelar sebagai antara "swiss-knife" untuk membaiki sistem operasi Windows kerana kemampuan sistem operasi Linux untuk menjalankan sistem operasi secara langsung daripada CD tanpa memasangnya secara kekal di sistem storan komputer. Saya memberi cadangan kepada semua mereka yang mahu mempelajari membaiki sistem Windows untuk mempelajari menggunakan Knoppix kerana mudah dan pantas untuk membaiki sistem Windows yang rosak oleh kerana virus.

3. 64 Studio
Khas untuk mereka yang mahu membuat "kesenian" dalam bidang audio, video dan grafik. Sistem operasi yang khusus untuk menjalankan perkara sebegitu dan lupakan nama "64" tersebut kerana sistem operasi ini juga menyokong 32-bit.

4. Haiku
Mudah dan menyenangkan. Haiku mahu menghilangkan kesemua bayangan "kesukaran" dalam menggunakan sistem operasi sumber terbuka yang membuatkan pengguna "tegar" Windows tidak mahu berubah kepada sumber terbuka walaupun sering "diburui" oleh Microsoft kerana menggunakan produk cetak rompak.

5. ReactOS
Dengan melarikan diri daripada Linux dan sudah tentunya percuma, mereka mahukan sesuatu sistem operasi yang boleh menjalankan alikasi Windows tanpa masalah seperti mana yang dihadapi oleh Wine yang digunakan di Linux. projek ini adalah projek jangka panjang dan agak menarik.

6. OpenSolaris
Dibawah Sun Microsystem yang terkenal dengan produk mereka, Java mereka mengatakan bahawa OpenSolaris ini adalah yang terbaik yang dikeluarkan oleh mereka. Sesuai digunakan dimana-mana platform seperti desktop, laptop, server dan pusat penyimpanan data.

Hanya Sehelai daripada Sebuah Buku
Sistem operasi sumber terbuka yang saya nyatakan ini hanya sedikit sahaja daripada jumlah sebenar kerana kekangan ruang dan masa. Seumpama sehelai kertas daripada sebuah buku kerana aplikasi sumber terbuka tidak pernah berhenti dalam menghasilkan yang terbaik untuk setiap pengguna kerana sumber terbuka memegang sebuah kata-kata "segalanya tertakluk kepada pengguna" kerana sumber terbuka tidak mengatakan anda perlu menggunakan perisian yang itu dan bukan yang lain tetapi pilihan tertakluk kepada kemahuan pengguna kerana setiap perisian mempunyai kelebihan sendiri dan hampir semuanya percuma

No comments: