1. Debian
Berasal daripada percantuman nama sepasang suami isteri Ian Murdock + Debra = Debian. dikatakan sebagai pecahan yang paling berpengaruh di lautan Linux kerana dibawahnya terdapat beberapa Linux yang amat terkenal dan seperti Ubuntu, Knoopix dan MEPIS. dahulunya Debian dikenali dengan kesukaran untuk memasangnya kedalam sistem komputer tetapi kini perkara itu sudah hilang daripada mereka, mereka kini telah bertukar kepada paparan yang lebih mesra pengguna.
2. Fedora & Red Hat Enterprise Linux (RHEL)
Salah satu kuasa besar dalam Linux dan dikira sebagai veteren didalam Linux. Sejak dulu lagi Red Hat ini saya dengar walaupun pada masa itu saya tidak langsung mengetahui apa itu Linux :) Bayangkan bertapa hebatnya Red Hat pada masa itu. Walaupun kini tiada lagi Red Hat kedengaran begitu kuat kerana Fedora telah mengambil alih kekuasaanya tetapi kuasanya (Red Hat) masih dapat dirasakan.
3. Gentoo
Tidak banyak yang saya tahu pasal Gentoo, setelah dicari sedikit pasal Gentoo kelihatan seperti agak sukar menggunakan Gentoo. tetapi dia telah diiktiraf sebagai salah satu Linux yang berkuasa, mungkin bukan pada orang biasa tetapi kepada golongan yang mencarinya, mungkin mereka lebih tahu apakah "kuasa" yang ada pada Gentoo.
4. Mandriva
Berasaskan kepada Red Hat, setelah bergabung dengan Conectiva bertukar namanya daripada Mandrake kepada Mandriva. Pengaruh Mandriva semakin merosot beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan beberapa masalah dalaman yang berlaku. Kini Mandriva telah kembali dengan versi yang terbaru Mandriva 2009.0
5. Slackware
Otai dan geek itu sahaja yang saya boleh kata, kerana Slackware ini berasaskan Debian dan inilah Linux yang bertahan paling lama. Memang geek kerana reputasi mereka dibina atas paparan arahan berbaris / command line interface (CLI) yang begitu sukar untuk pengguna biasa yang hanya seorang yang dikataka sebagai "geek" yang mampu menggunakannya. "Berada di kelasnya yang tersendiri" Versi yang terkini adalah 12.1 yang dilancarkan pada 10 Disember 2008 yang lepas.
6. SUSE Linux Enterprise / OpenSUSE
Pesaing utama Red Hat Enterprise Linux didalam bahagian Linux komersial. Saya pernah gunakannya semasa saya bekerja di SKALI kerana syarikat itu menggunakan SUSE sebagai sistem pengoperasian dalam menjalankan operasi perniagaannya. Ada bagusnya kerana ditunjukkan bagaimana menggunakan SUSE yang digunakan untuk komersial sebagai pendedahan kepada pekerjaan yang melibatkan Linux. Seperti Slackware, penggunaan CLI amat dititikberatkan untuk mengurangkan pembaziran memori kepada GUI.
7. Ubuntu
Ubuntu diambil daripada bahasa Zulu yang bermaksud "kemanusiaan". Berasaskan Debian tetapi menjadi lebih baik daripada Debian, Ubuntu tiba-tiba melonjak naik dan membuatkan semua pengguna Linux mahupun bukan pengguna Linux memandang kepadanya kerana ingin mengetahui apakah yang terdapat disebalik nama Ubuntu itu. Menekankan sikap komuniti dalam ada jua bidang, Ubuntu telah berjaya menjadi Raja di lautan Linux pada tahun 2007 dengan 30% pengguna Linux Desktop adalah Ubuntu. Tiada siapa menyangka kebolehan Ubuntu ini menjadi Raja dengan pantas sekali dengan kepantasan pembangunan yang dijalankan mereka iaitu setiap 6 bulan akan keluar jenis Ubuntu yang baru. Saya mengenali Ubuntu sejak daripada versi 8.04 tetapi pada masa itu "minor-dual-boot" dijadikan sandaran untuk mempelajarinya tetapi kerana tidak tahu bagaimana, perkara itu tertangguh, sehingga keluarnya 8.10 kerana sistem drivernya dapat mengenali wireless dengan mudah sekali :) Oleh itu kini Ubuntu adalah major sistem operasi bagi saya.
Kesimpulan
Linux bukan satu sistem operasi yang pelik dan sukar tetapi semakin membangun dan komunitinya amat membantu dalam mempelajarinya.

No comments:
Post a Comment