Sunday, May 22, 2011

Google dan Kesan Kepada Alam Sekitar

Kajian terbaru yang dilakukan oleh golongan cerdik pandai di Universiti Havard menunjukkan bahawa satu carian Google yang anda lakukan mengeluarkan gas CO2 yang sama dikeluarkan oleh cerek sebanyak 7g manakala cerek tersebut mengeluarkan sebanyak 15g.

Google dan alam sekitar
Sebenarnya Google telah pun menjadi ahli kepada kumpulan Climate Savers Computing Initiative. Kumpulan ini membuat satu sasaran iaitu mengurangkan penggunaan kuasa komputer sebanyak separa pada tahun 2010. Antara cara mereka adalah menutup (Shut down) komputer jika tidak digunakan.

Penambahbaikan
Ramai yang mengatakan bahawa Google mengeluarkan terlalu banyak CO2 untuk setiap carian yang dilakukan iaitu sebanyak 7g, lalu pihak Google mengatakan didalam blog rasmi mereka, bahawa mereka sebenarnya adalah pemilik kepada sistem pusat data yang paling efisien dalam penjimatan tenaga di dunia. Ramai yang tidak nampak apakah yang google telah lakukan disebalik penggunaan 7g carian yang dikatakan tinggi itu. Jawapannya amat mudah, apakah enjin carian yang paling pantas di dunia, mampu memberikan jawapan kepada anda kurang daripada 0.2 saat ? hanya satu jawapan pasti Google.

Google vs Buku
Jika anda katakan 7g itu banyak mari kita bandingkan dengan perkara lain, menelaah sebuah buku sahaja sudah mengeluarkan 2,500g CO2 atau 350 kali ganda lebih tinggi daripada Google. satu cheeseburger mempunyai rekod karbon sebanyak 3,600g CO2, 500 kali ganda lebih tinggi daripada Google. Malahan, ketika anda membaca blog ini, selama 10 minit anda telah pun mengeluarkan 6g CO2 dan Google juga mengatakan bahawa semasa anda membuat carian melalui Google, komputer anda sendiri mengeluarkan CO2 lebih tinggi daripada server Google semasa untuk memberi jawapan kepada carian anda itu.

Google ? Tak termasuk dalam kajian Alex Wissner-Gross
Setelah Google dipandang sebagai antara penyebab kepada pembebasan gas CO2 yang banyak atas aktiviti enjin carianya, orang yang bertanggungjawab keatas kajian yang dikeluarkan oleh The Times edisi London mengatakan bahawa Google tidak termasuk langsung dalam kajiannya dan fakta tersebut adalah fitnah kepadanya sebagai seorang saintis, termasuklah cerita tentang cerek tersebut yang tidak tahu daripada mana datangnya statistik itu.

Alex hanya menjalankan kajian terhadap pembebasan gas CO2 oleh laman web di internet, dan memang benar jika dikatakan setiap daripada kita adalah penyumbang secara langsung kepada pembebasan gas tersebut kerana setiap perkara yang berfungsi di atas talian internet mempunyai "kos tersembunyi" tersendiri. Google adalah antara syarikat yang terbaik dalam menjaga alam sekitar kerana amat terkenal dengan sistem pusat data mereka yang amat baik sekali dalam isu penggunaan tenaga secara optimum sekaligus mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar.

Yang anda boleh lakukan
Kurangkan membuat pencarian yang sia-sia yang sekadar mengisi masa lapang, kurangkan chat yang tidak perlu di internet dan pelbagai lagi yang tentunya sukar untuk diikuti oleh generasi sekarang dan mungkin yang lebih baik adalah, masak air itu lebih baik daripada menggunakan enjin carian secara sia-sia. Selamatkan bumi kita sebelum kita perlu menyelamatkan diri sendiri. Dan, apa yang anda baca jangan terus percaya, sebaliknya kaji dahulu kerana itu yang terbaik.

No comments: